Jumaat, 28 Disember 2012

AKIBAT TERLALU DEKAT

Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannya.

Pelanggan      :Jika awak bijak cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?
Pelanggan  itu menunjukkan genggamannya .



Penjual telur :Cuba berikan aku bayanganPinta penjual telur. 
Pelanggan      :Benda ini bentuknya seperti telur
Penjual telur :Lagi?
Pelanggan      :Warnanya seperti telur.
Penjual telur :Lagi? 
Penjual telur merayu lagi. Pelanggan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya.
Pelanggan      :Belum cukup lagi? Baiklah, jika dimasak rasanya seperti telur. Ia cair
                           dalam keadaan biasa tetapi bila dipanaskan ia menjadi pepejal.
Penjual telur masih terpinga-pinga. 
Penjual telur :Tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir.
Pelanggan      :Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna
                           kuning!
Setelah berfikir panjang
Penjual telur :(Penjual telur menjerit)Aku tahu jawapannya! Ia sejenis kuih!
Pelanggan menggeleng-geleng kepala. Lantas membuka genggamannya. 


Pelanggan      :Ya, hanya sebiji telur…………apalagi?

Pengajaran:
Manusia sering menjadi ‘buta’ dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Orang yang paling hampir selalu dipinggirkan, tetapi apabila orang itu sudah tiada, baru terasa kehilangannya. Ya, kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh, tetapi kerana terlalu dekat.